Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Kelebihan Berwudhu

$
0
0

Kelebihan Berwudhuk

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil . Jika air tiada atau tidak mencukupi , maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.

Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat .

Firman Allah S.W.T 

"Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) , maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu , dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali" - (Surah Al-Maa’idah: 6)
Hukum berwuduk adalah :

Wajib

  • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
Sunat

  • Ketika hendak mandi wajib
  • Hendak membaca al Quran , hadis dan buku
  • Ketika hendak tidur
  • Ketika marah
Kelebihan berwudhuk

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW : "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Sumber : Wikipedia 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles