Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Kelazatan Aiskrim Magnum Mini

$
0
0

Kelazatan Aiskrim Magnum Mini
ORANG ramai boleh menikmati enam batang aiskrim Magnum mini pada harga RM12.90 satu kotak .

KERANGUPAN kepingan lapisan luar coklat Belgium oleh aiskrim Magnum sememangnya mampu mengukirkan senyuman di bibir penggemar manisan sejuk .

Memperkenalkan tiga rasa coklat asli, Magnum menawarkan Magnum Mini Classic, Magnum Mini Almond dan Chocolate Mini Brownie di pasaran .

Kini, produk Wall's Malaysia itu menawarkan manisan tersebut dalam saiz mini bagi memenuhi keinginan serta keperluan peminatnya .

Menurut Pengerusi dan Pengarah Urusan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever Malaysia), Rakesh Mohan, kini rakyat Malaysia boleh menikmati versi mini aiskrim popular itu pada bila-bila masa .



"Penggemar aiskrim Magnum kini boleh menikmati manisan mereka dalam keadaan yang lebih selesa tanpa perlu untuk membuka mulut yang luas," katanya berseloroh pada pelancaran Magnum Mini di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur .

Turut hadir, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Herry Budiazhari.

Herry memberitahu, Magnum Mini itu dihasilkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia memberi ganjaran kepada diri atas segala usaha harian mereka .

"Magnum Mini memberi ganjaran yang memuaskan pada harga lebih murah dan kuantiti lebih banyak.

"Ia dijual pada harga RM12.90 untuk satu kotak yang mempunyai enam batang aiskrim," jelasnya.

Orang ramai boleh mendapatkan Magnum Mini di semua pasar raya besar, kedai serbaneka dan kedai di stesen minyak di seluruh negara .

Terdahulu, majlis pelancaran Magnum Mini itu turut dimeriahkan dengan tarikan Keseronokkan Rumah Mini yang didirikan sehingga esok di Publika .

Pengunjung boleh merasai pengalaman seperti berada di dalam rumah sebenar sambil merakamkan detik-detik manis bersama Magnum Mini menerusi pemancar skrin khas yang disediakan .

Sumber : kosmo.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles