Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

PDRM Tubuh Pasukan Elit STAFOC

$
0
0

PDRM Tubuh Pasukan Elit STAFOC
STAFOC pada majlis pelancarannya di PULAPOL.

Pasukan elit dilatih khusus tangani jenayah terancang seluruh negara .

Kuala Lumpur : Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), pasukan elit yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras jenayah berat secara lebih berkesan, akan mula beroperasi sepenuhnya 1 Januari ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan tersebut yang akan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan itu akan mengurus dan menangani operasi-operasi yang bersifat pelbagai.

“Ini merangkumi isu-isu jenayah seperti jenayah berat, bersindiket, gangsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

Polis Elit STAFOC


“Sebanyak 200 anggota masing-masing daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dari seluruh negara telah diserap masuk selepas menjalani dua siri pemilihan pada penghujung Oktober lalu," katanya.

Dengan arahan Ketua Polis Negara, pasukan terbabit yang diselia di bawah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, dianggotai 200 pegawai dan anggota, akan digerakkan ke sesuatu lokasi operasi di seluruh negara apabila keadaan memerlukan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata STAFOC diberi tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah berat membabitkan kes bunuh, culik, rompakan dan senjata api serta aktiviti jenayah terancang lain seperti maksiat, kongsi gelap dan perjudian.

Sumber : kosmo.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles