Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

PDRM Tubuh Pasukan Elit STING

$
0
0

PDRM Tubuh Pasukan Elit STING

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Bagi memantapkan lagi operasi dan perancangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas taktikal diketuai oleh pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) itu diketuai oleh bekas Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisian Am) JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Razali Ab. Razak.

STING yang mula berkuat kuasa tahun ini akan turut disertai 200 pegawai dan anggota pelbagai pangkat.



Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah merancang dengan baik bagi sayap baharu tersebut termasuk memilih pegawai serta anggota berkemahiran dari segi operasi dan strategi bagi keberkesanannya.

"Kita telah meletakkan orang yang betul di tempat yang betul, maka diharapkan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Noor Rashid menyaksikan Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Tahanan/Perundangan) JSJN Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin menyerahkan tugas kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial II, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof.

Sementara itu, Jamaludin dilantik ke jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/ Kepolisian Am) bagi mengisi kekosongan tempat Razali.

Noor Rashid berkata, langkah PDRM itu juga dilihat sebagai tanda sokongan terhadap usaha JSJN yang merupakan jabatan utama bertanggungjawab membanteras bekalan dan permintaan dadah dalam negara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles