Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Samsung Memperkenalkan Galaxy S5

$
0
0

Samsung Memperkenalkan Galaxy S5
Samsung hari ini memperkenalkan Galaxy S5 secara rasmi dengan beberapa ciri baru serta sensor degupan jantung. 

Seperti yang dijangka, Galaxy S5 mempunyai pengesan cap jari pada bahagian home button. Berbeza dengan Touch ID pada iPhone 5S yang merakam imej cap jari tanpa pergerakan, pengesan cap jari pada Galaxy S5 berfungsi apabila jari digerakkan (slide) pada bahagian home button tersebut.

Dari segi rekaan, Galaxy S5 tidak jauh berbeza dengan Galaxy S4 tetapi menggunakan material yang lebih premium dan berkualiti. Galaxy S5 juga kalis air dan habuk, mempunyai 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan emas.



Skrinnya bersaiz 5.1 inci dengan resolusi HD penuh 1080p, menggunakan cip quad-core 2.5GHz dan 2GB RAM. Galaxy S5 menggunakan Android 4.4.2 Kit Kat dan mempunyai kamera 16 megapiksel dengan autofokus terpantas, 0.3 saat serta mod HDR yang lebih baik.

Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S5

-5.1-inch 1920 x 1080 FHD Super AMOLED display
-2.5GHz Quad core processor
-Android 4.4.2 (Kitkat)
-heart rate sensor
-16 megapixel camera, 2.1 megapixel
-fifth generation Wi-Fi 802.11ac and 2X2 MIMO
-Download Booster WiFi-LTE bonding
-Finger Scanner
-IP67 dust and water resistant
-2800mAh battery
-2GB RAM
-16/32GB memory (up to 64GB w/ microSD)
-dimensions: 142.0 x 72.5 x 8.1mm, 145g
-charcoal Black, shimmery White, electric Blue and copper Gold

Samsung juga meletakkan sebuah sensor degupan jantung pada bahagian belakang Galaxy S5 di sebelah LED flash, mampu mengesan degupan jantung apabila jari diletakkan pada sensor tersebut.

Samsung mengatakan apabila bateri berada dibawah tahap 10%, peranti tersebut boleh digunakan sehingga 24 jam lagi apabila mod ini diaktifkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles