
Wahai Ali !
1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah , hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya . Dan orang yang kikir itu jauh daripada Allah , jauh daripada rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya .
2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati , nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan , dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat .
3) Bersedekahlah untuk keluargamu yang telah mati . Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu , maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku , ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedekahnya .
4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan . Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian .
5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram . Apabila ia sangat murka terhadapnya , nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu . Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia , serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .
6) Wahai Ali !
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya .
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya .
Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya .
Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya .
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedekahnya .
Tiada keamanan bagi orang yang tidak ada rahsianya .
Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya .
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya .
7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain . Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya . Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya . Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya , memukul hambanya , memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir . Dan yang lebih jahat daripada itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram . Dan yang lebih jahat daripada itu ialah orang yang panjang umurnya , buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya . Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya . Dan yang lebih jahat daripada itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah .
8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat .
9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat ,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia .
10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat ,
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan .
11) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar ,
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri
12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk ,
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram .
13) Wahai Ali !
Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :
1) sembunyikan ibadah ,
2) sembunyikan sedekah
3) sembunyikan musibah .
14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci kepada nafsunya ,
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah .
15) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :
1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh ,
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya .
16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :
1) makanan yang halal ,
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah .
17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) segera dalam taat kepada Allah ,
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya .
18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu ,
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedekah .
19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :
1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan) ,
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya .
20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :
1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah ,
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah .
21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1) menjauhkan yang haram ,
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya .
22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran , nescaya Allah akan menghinakan musuhnya . Sesiapa yang benar dalam segala perkara , nescaya Allah murka kerana murkanya . Apabila seorang anak yatim menangis , nescaya bergoncanglah 'arasy , maka diserukan : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa .
23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :
1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran
7) memuliakan anak yatim