Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Kisah Syaitan Yang Angkuh

$
0
0

Kisah Syaitan Yang Angkuh

Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan, merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh(The Accuser),Speculator(Pembuat Andaian/Spekulasi)'. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Jin dan Syaitan Manusia. Seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, Syaitan Jin asalnya adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah@devil of lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan Jin diciptakan daripada api oleh Allah S.W.T. 

Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. 

Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh.

 Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):

"Maka keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang yang diusir, Sesungguhnya kutukanKu tetap atasmu sampai Hari Pembalasan"
(QS: Shaad (38): 77-78)

Sedangkan keputusan kedua ditujukan kepada Adam;

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):

"Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanan yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim".
(QS: Al-Baqarah (2): 35).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):

"Maka yang benar (adalah sumpahKu) dan hanya kebenaran itulah yang Ku Katakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu diantara mereka kesemuanya".
(QS: Shaad (38): 84-85).

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syaitan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles