
Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Tips Jimatkan Penggunaan Bateri Android
1. Wi-fi / Bluetooth / Mobile Data / GPS/ Vibrate
Pastikan wifi,bluetooth,mobile data dan GPS dimatikan apabila tidak digunakan , memadamkan fungsi vibrate juga boleh menggurangkan penggunaan bateri pada peranti android anda.
2. Pengawalan kadar pencerahan
Apabila peranti dalam keadaan cahaya yang terhad, secara automatik peranti akan dicerahkan melalui tetapan yang telah ditetapkan, sebaliknya apabila peranti berada dalam keadaan cahaya yang mencukupi, kecerahan pada skrin peranti anda dimalapkan .
Tetapan - Paparan - Kecerahan Automatik - √
3. Kurangkan 'timeout screen' peranti
Semakin lama masa yang ditetapkankan pada 'timeout screen' peranti, semakin cepat penggurangan bateri android, tetapkan pada kadar yang sesuai dengan cara penggunaan anda.
4. Hidupkan 'mode penerbangan'
Ketika berada di kawasan yang tidak mempunyai 'coverage', hidupkan mode penerbangan untuk menjimatkan penggunaan bateri , mod ini mematikan beberapa fungsi seperti vibrate/sistem suara/gps/wifi/mobile data/bluetooth serta panggilan masuk dan keluar.
5. Install Battery Doctor(Battery Saver)
This essential app does everything battery-related from giving tips of when to charge (and more importantly when not to) to more advanced battery longevity features such as disabling unnecessary apps/hardware that drain power and using our unique three-stage charging system. Battery Doctor efficiently protects your battery conveniently.
Google Play link: Battery Doctor Battery Saver