Malaikat Jibril (atau Jibrail - ﺟﺒﺮﺍﺀﻳﻞ/ﺟﺒﺮﻳﻞ juga Gabriel) adalah malaikat yang dipercayai oleh orang-orang Islam dan agama samawi lain yang bertugas bagi menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul. Mengikut Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat. Di dalam teks Tanakh, Taurat dan Injil, ada juga yang menerangkan bahawa Malaikat Jibril merupakan ketua kepada kesekalian para Malaikat.
Allah SWT selesai menciptakan Jibril dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).
Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
" Aku dibawa orang ( Jibril a.s ) ke sumur zamzam, disana dadaku dibelah, kemudian dibersihkan dengan air zamzam sesudah itu aku dihantar kembali ke tempatku semula"
( Muslim 135 )
Dari Anas bin Malik r.a, katanya :
"Jibril a.s mendatangi rasululllah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda sedang bermain-main dengan beberapa orang kanak-kanak ( dizaman kanak-kanak ). Tiba-tiba Jibril memegang dan membaringkan beliau, lalu membelah dan mengeluarkan jantung beliau, kemudian dibuang segumpal darah dari jantung itu seraya berkata:
" Ini menguntungkan syaitan dari dirimu"