Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Hukum Tidur Selepas Asar

$
0
0

Hukum Tidur Selepas Asar
                                                              
“Sesiapa yang tidur selepas Asar dia akan menjadi gila, maka janganlah ia mencela melainkan dirinya sendiri”

“Sesiapa yang tidur selepas Asar akan hilanglah akalnya, maka janganlah ia mencela melainkan dirinya sendiri”

Adakah ini adalah hadith Nabi s.a.w ?


Kata al Munawi :

“Sesungguhnya hadith ini berlegar ke atas Amru Bin Hasin daripada Ibn U’lasah dan dia adalah matruk (ditinggalkan) sebagaimana kata az Zahabi dan al Haitsami sanadnya adalah lemah”



Demikian juga diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ahmad Bin Yahya Bin Zuhair daripada Isa Bin Abi Harb as Shoqqal daripada Khalid Bin al Qasim daripada al Laits Bin Saad daripada U’qail daripada U’rwah daripada Aisyah, 

berkata Ibn Jauzi: “Sesungguhnya Khalid adalah pendusta, dan hadith daripada Ibn Lahia’h diambil oleh Khalid dan sampai kepada al Laits, maka hadith ini adalah maudhu’, iaitu dusta ke atas Nabi s.a.w (Nabi s.a.w tidak pernah berkata demikian). Maka diharamkan menisbahkannya ke atas Nabi s.a.w.

Ibn Qayyim berkata:

"Banyak tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (selepas Subuh sehinnga terbit matahari) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Sumber: http://mengajikitab.blogspot.com/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles