Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

iPhone 6 Semakin Canggih

$
0
0

iPhone 6 Semakin Canggih

Reka bentuk

Terkenal dengan reka bentuk unik dan kontemporari, Apple dijangka memperkenalkan iPhone 6 dengan rekaan lebih nipis dan ringan berbanding model iPhone yang lama.

Ramalan tersebut mampu menjadi realiti dengan penggunaan sejenis cecair logam yang teguh dan tahan lama. Ia digunakan dalam kuantiti lebih kecil bagi mendapatkan kualiti binaan yang sama dengan aluminium.

Dikhabarkan bahawa bahagian tepi badannya bakal diubah mirip model iPod Touch yang terkini. Selain itu, butang kuasa yang ketika ini terletak pada bahagian atas iPhone bakal dipindahkan ke bahagian tepi.

Paparan

Para penganalisa teknologi mengandaikan Apple bakal memperkenalkan dua model telefon tahun ini dan desas-desus kuat mengatakan dua model tersebut didatangkan dengan skrin berukuran 4.7 inci (12 sentimeter) dan 5.5 inci (14 sentimeter). Ini bermakna kedua-dua saiz tersebut lebih besar berbanding skrin iPhone 5S yang hanya berukuran 4 inci(10 sentimeter).

Ada juga yang menjangkakan Apple mungkin memilih untuk memperkenalkan satu model dengan mengekalkan ciri imbasan cap cari bagi pengesahan identiti pengguna. Paparan pula menggunakan resolusi berdefinisi tinggi 1080 piksel.


Skrin

Terdapat perkhabaran yang menyatakan Apple bakal memperkukuhkan skrin iPhone keluaran terbaharu ini dengan kaca jenis nilam dengan teknologi skrin yang teguh dan tahan lasak. Kaca jenis ini telah digunakan sebagai pengimbas identiti sentuhan jari dan pada bahagian kamera.

Penggunaan kaca ini pastinya memberikan perlindungan yang lebih dan sekiranya ia benar-benar berlaku, kemungkinan harga jualan akan meningkat sedikit berbanding model-model terdahulu. Sungguhpun begitu, rata-rata pengguna iPhone yang sememangnya gemar ciri telefon pintar eksklusif pasti sudah menjangka harga model terbaharu ini akan lebih premium. Namun, ia tidak akan menjadi alasan bagi mereka untuk tidak memilikinya.

Luak poket sedikit tidak menjadi masalah memandangkan ia dapat memberikan perlindungan tambahan kepada telefon kesayangan anda.

Kamera

Pelik tapi benar kerana iPhone bukanlah telefon yang mempunyai kamera berpiksel tinggi. Secara umumnya, banyak lagi jenama telefon pintar lain yang melangkaui ciri-ciri yang terdapat pada kamera iPhone.

Sebagai contoh, jika dibandingkan iPhone 5S dengan Samsung Galaxy S4 yang telah dilancarkan lebih awal, jelas menunjukkan kamera iPhone 5S mempunyai resolusi yang lebih rendah iaitu 8 megapiksel manakala kamera pada pesaingnya itu diperkasakan dengan 13 megapiksel.

Para penganalisa teknologi menjangkakan Apple bakal menaik taraf kamera kepada 10 megapiksel pada iPhone 6. Sungguhpun tidak banyak beza daripada model sebelumnya, namun kualiti gambar dan video yang dihasilkan masih setanding dengan kualiti yang dihasilkan oleh kamera dengan piksel yang jauh lebih tinggi.

Harga

Apple yang sememangnya terkenal dengan produk digital premium mereka akan memperkenalkan iPhone 6 pada harga lebih tinggi berbanding model iPhone lain. Malah, ada penganalisa teknologi yang menjangkakan pengguna mungkin terpaksa membayar tambahan AS$100 (RM320) bagi model dengan skrin 5.5 inci (14 sentimeter) berbanding iPhone 5S.

Biarpun Apple dilihat sebagai perintis harga telefon mewah, ia tetap tidak menghalang pengguna untuk memilikinya kerana setelah beberapa generasi iPhone dihasilkan sambutan terhadap telefon itu tidak pernah dingin.

iPhone 6 Leaked

Sumber: www.kosmo.com.my

Anda mungkin juga meminati:

Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles