Quantcast
Channel: Material World
Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Kehebatan Tentera Briged Al-Qassam

$
0
0

Kehebatan Tentera Briged Al-Qassam

Briged Izz ad-Din al-Qassam (كتائب الشهيد عز الدين القسام; dinamakan bersempena dengan nama Izz ad-Din al-Qassam, kadang kala diringkaskan kepada Briged Al-Qassam) ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayash, matlamat utama kumpulan tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo. Dari 1994 hingga 2000, Briged Izz ad-Din al-Qassam melaksanakan beberapa serangan ke atas tentera dan orang Israel.

Pada permulaan Intifada Kedua, kumpulan ini menjadi sasaran utama Israel. Kekuatan kumpulan dan keupayaannya bagi melaksanakan serangan rumit dan membawa maut mengejutkan ramai pemerhati. Briged Izz ad-Din al-Qassam mengoperasi beberapa sel di Tebing Barat, tetapi kebanyakannya telah dimusnahkan menjelang 2004 selepas sejumlah besar operasi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan tersebut. Sebaliknya, Hamas mengekalkan kehadiran berkuasa di Genting Gaza, umumnya dianggap sebagai kubu kuatnya.


Briged Izz ad-Din al-Qassam disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.

Sejak penubuhannya pada 1987, keupayaan ketenteraan briged ini telah berkembang dengan pesat, daripada memiliki raifal sehinggalah roket Qassam dan banyak lagi.

Briged ini mampu bergantung harap pada jumlah besar individu yang menawarkan diri untuk menyertai perjuangan mereka, menyeludup bekalan keperluan dan membekalkan senjata buatan sendiri seperti Al-Bana dan Batar (pelancar roket), Yasin (pelancar roket anti-kereta kebal) dan roket Qassam.

Dalam satu wawancara dengan Salah Shehadeh, beliau ditanya tentang pembuatan senjata yang dijalankan oleh al-Qassam, di mana beliau menerangkan;

"...Kami mempunyai saintis yang pakar dalam pembangunan senjata, yang menjalankan penyelidikan dan eksperimen terhadap roket Al-Bana, yang merupakan gabungan sebuah RPG (grenad berkuasa roket) dan LAW (senjata ringan anti-kereta kebal), dan berbeza berbanding Al-Qassam 2 kerana direka untuk (menembusi) perisai berketebalan sederhana. Bom tangan dihasilkan untuk memenuhi keperluan peralatan dan ahli-ahli, dan kesemuanya telah membuktikan keberkesanannya, dan Kementerian Pertahanan Israel sendiri membuktikan kehebatan bom-bom tangan tersebut. Kesemua grenad dan roket adalah buatan tempatan, (dan) dihasilkan dengan mudah. Bahan peledak dalam Al-Qassam 1 dan 2 dan Al-Bana diperbuat daripada bahan mentah yang mudah. (Sekalipun) golongan wanita boleh menghasilkannya di rumah..."

Walaupun jumlah sebenar ahli dalam gerakan ini hanya diketahui oleh kepimpinan briged, pada 2011 Israel menganggarkan pasukan ini mempunyai beberapa ratus ahli yang mendapat latihan ala tentera, termasuk di Iran dan Syria. Tambahan pula, briged ini mempunyai kira-kira 10 000 pakar operasi yang memiliki 'tahap kemahiran dan profesionalisme yang pelbagai', yang juga merupakan ahli pasukan keselamatan, Hamas dan penyokong-penyokongnya. Pakar-pakar operasi ini dijangka akan memperkukuhkan briged semasa situasi darurat.

Tentera Briged Al-Qassam

Tentera Briged Al-Qassam 1

Tentera Briged Al-Qassam 2

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Briged_Izz_ad-Din_al-Qassam

Viewing all articles
Browse latest Browse all 196

Trending Articles