
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera , salam satu Malaysia diucapkan kepada rakan2 semua.. Pejam celik , pejam celik.. Kita sudah diambang untuk melangkah ke tahun 2013 . Masa berlalu begitu pantas tanpa keizinan kita . Saat demi saat , minit demi minit , dan hari demi hari yang berlalu itu semua adalah perkara yang sudah.. "Perkara yang paling jauh dengan manusia adalah Masa Lampau" . Jelas dan ternyatalah bahawa "Masa Itu Emas" .
Macam biasa , apabila tibanya tahun baru . Mulalah setiap individu menanam azam atau matlamat untuk tahun yang akan datang , yang pasti . Mengharapkan diri sendiri menjadi lebih baik daripada tahun2 yang sudah , menjadikan kehidupan lebih bermakna dengan setiap insan dalam dunia ini .
Penulis pun ada azam sendiri , kalau nak tahu , penulis akan menduduki SPM pada tahun 2013 . Pejam celik pejam celik , dah Tingkatan 5 . Begitu pantas masa berlalu , tapi apa2pun , penulis rasa tahun 2012 meninggalkan penulis dengan begitu baik sekali , memang banyak pengalaman manis dan pahit yang dilalui .
Harapan penulis pada tahun 2013 , adalah untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM pada tahun 2013 . Nak mengurangkan bermain game , internet dan lepak2 dengan kawan . Bila sudah Tingkatan 5 , mula dalam diri ini sedar bahawa semua perkara itu cuma serba sedikit memberi manfaat kepada penulis .
Kalau dulu kurang ke Surau atau Masjid yang berkdekatan untuk solat berjemaah , Insyallah jika diberi peluang untuk hidup dan merasa tahun 2013 nanti , penulis harap , penulis boleh memenuhkan saf2 hadapan di dalam surau itu .
Penulis pernah terfikir , apakah sumbangan penulis yang terbesar yang dihadiahkan kepada ibubapa ? Dan , bagi penulis , hanya doa anak yang soleh kepada ibubapanya adalah sumbangan yang terbaik sebagai seorang anak . Berharap untuk menjadi lebih baik pada tahun hadapan di mana lebih baik daripada tahun2 yang sudah .
P/s :- Alhamdulillah , mula awal 2012 hingga ke hujungnya , penulis dapat merasa bagaimana rasa seorang yang berstatus single tanpa couple . Dan , nampaknya , memang boleh sangat kalau nak hidup tu kan . Jangan risau , ibubapa kita kan ada , paling kurang pun keluarga yang berada disisi kita . Kalau betul penulis ada sayang seorang perempuan tu , penulis harap satu hari nanti , dia boleh menjadi yang halal untuk penulis , jodoh itu ketentuan dari Allah .
"Kita hanya merancang , Allah yang menentukan segalanya" .
Akhir kata , penulis menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki , kalau terkasar bahasa , tersilap kata , terlepas bicara , penulis minta maaf dengan anda semua . Biasa la , manusia itu bukan robot yang senantiasa sempurna , tapi kadang2 robot pun ada cacatdan celanya . :)