
Ternyata buah delima merupakan antara buah-buahan yang paling kaya dengan khasiatnya . Hal ini terbukti sehingga mana Rasulullah SAW ada menyebut tentang buah delima dalam hadisnya .
Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk ,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan . Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga . Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran , kehidupan dan kematian . Kerana biji-biji buah Delima mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air .
Nabi Muhammad SAW bersabda , “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda ,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut .”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima , dia akan memakannya . Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu , dan dia menjawab , “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu .”
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin , Magnesium dan Calcium .
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadaman
- Membuang lemak-lemak berlebihan
- Menambah tenaga
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
- Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
- Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
- Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikan kulit
P/s :- Buah delima ini memang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri , penulis pun amalkan makan buah delima ini . Buah ini merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW , itu bermakna kalau kita memakannya , Insyallah akan dapat pahala .