
KEUPAYAAN kanak-kanak untuk membaca dipengaruhi oleh gajet elektronik termasuk televisyen yang sekali gus mencerminkan kemahiran berfikir .
Kanak - Kanak didapati kurang mahir membaca sekiranya mereka mempunyai telefon bimbit dan televisyen yang diletakkan di dalam bilik tidur mereka , demikian hasil satu penyelidikan .
Penyelidikan membabitkan seramai 4,000 orang pelajar berumur 10 tahun di sekitar negeri England , Britain . Dalam kajian itu , penyelidik menyasarkan murid yang memiliki pemain cakera video digital (DVD) dan telefon bimbit peribadi .
Hasil awal kajian itu mendapati , kira-kira dua pertiga daripada kanak-kanak yang menjadi kumpulan sasar memiliki televisyen sendiri , manakala yang lain dicatatkan memiliki pemain DVD dan telefon bimbit .
Kanak-kanak yang memiliki kesemua peralatan itu menunjukkan penurunan secara purata sebanyak 20 markah dalam ujian bacaan .
Sebaliknya , memiliki alat muzik dikaitkan dengan peningkatan sebanyak 30 markah dan satu kajian mendapati , remaja yang menghabiskan masa berjam lamanya di laman sosial menunjukkan perubahan ketara dalam ujian sains dan matematik .
"Prestasi terendah berada di peringkat yang paling asas iaitu hanya mampu untuk mencari dan memperoleh maklumat dengan bimbingan yang jelas,"
Respons daripada guru mendedahkan sebanyak 17 peratus daripada pelajar berumur 14 tahun mengalami gangguan di dalam kelas apabila mempunyai gajet yang menyebabkan mereka tidak mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam .
Satu dalam lima kanak-kanak yang berumur 10 tahun memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga jam untuk menonton televisyen sehari dan DVD .
Sebanyak 13 peratus daripada pelajar yang berumur 14 tahun dilaporkan menggunakan laman sosial selama empat jam atau lebih pada waktu persekolahan .