
F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden , sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat . Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara . Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain termasuk Malaysia .