
Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.
Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003. Dipercayai Rusia mula melatih 4 orang juruterbang dan 2 orang pegawai sistem senjata seawal tahun 2004. Pesawat Su-30MKM merupakan satu lagi variasi pesawat tempur pelbagai peranan yang dibangunkan berasaskan pesawat Sukhoi Su-30MKI, yang mana diubahsuai mengikut keperluan pelanggan dari segi system avioniknya.
Sebagai contoh, sistem ECM buatan Israel yang dipasang pada pesawat Su-30MKI telah ditukar dengan sistem-sistem buatan Rusia dan Afrika Selatan. Dua buah pesawat pra-pengeluaran Su-30MKI (dengan nombor badan 04 dan 05) telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pesawat prototaip Su-30MKM bagi menguji integrasi sistem-sistem avionik baru. Su-30MKM dibina di kilang Irkutsk, Siberia dan dua buah pesawat pertama secara rasmi telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 24 Mei 2007.

TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30 ini.
Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu BVR dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.

P/s :- Fuhh ! Rasanya , kalau TUDM hantar jet pejuang ini ke medan perang di Lahad Datu , habis hancur berkecai penceroboh sulu . Tapi , negara kita pun ada undang2 tersendiri kan , hanya boleh digunakan apabila betul2 diperlukan , bukan hanya untuk suka2.. Harap , janganlah sampai ke tahap Jet Pejuang Sukhoi Su-30MKM ini dihantar ke Lahad Datu untuk membunuh saki baki penceroboh Sulu . #PrayForSabah !